PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Pelajar & Graduan

Membentuk Generasi
Cemerlang Masa Depan

Kami merintis perjalanan demi kejayaan generasi baharu pemimpin dan pereka cipta. Inilah saatnya!

Program Pendidikan

PETRONAS percaya pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan modal insan pada semua peringkat akan melahirkan bakat yang mampan dan berterusan bagi PETRONAS, industri, dan juga negara.

Dalam merealisasikan matlamat perniagaannya, PETRONAS terus memberikan sumbangan kepada pembangunan mampan dengan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti, menggalakkan aktiviti pembelajaran dan perkembangan serta merealisasikan aspirasi kerjaya mereka.

  • Penajaan Pendidikan
  • Latihan Industri
  • Skim Peningkatan Kebolehpasaran Graduan (GEES)

 

 

Penajaan Pendidikan (Pasca SPM)

Program penajaan bagi pelajar SPM yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan universiti terkemuka tempatan dan luar negara di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, China, Jepun, dan Korea Selatan.

 

PESP

 

 

Kriteria Kelayakan

1. Pencapaian Akademik Cemerlang

  • SPM tahun semasa
  • Program Tempatan: Memperoleh sekurang-kurangnya 8A SPM & CEFR (B1)
  • Program Luar Negara: Memperoleh sekurang-kurangnya 4A+ & 4A SPM & CEFR (C1)

Nota: Sila ambil maklum bahawa kriteria kelayakan untuk setiap permohonan adalah berbeza mengikut kepada disiplin yang dipilih (teknikal atau bukan teknikal). Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk garis panduan permohonan penajaan pendidikan PETRONAS yang terdapat di sistem aplikasi dalam talian kami.

2. Kekuatan Kepimpinan

Kami meneliti dengan lebih jauh daripada akademik dan mengambil kira impak yang pelajar lakukan di luar bilik darjah. Penyertaan dalam kelab, sukan, perkhidmatan komuniti, peranan kepimpinan, dan aktiviti lain mampu meningkatkan kebolehjayaan permohonan.

3. Penilaian Holistik

  • Penilaian Personaliti & Kognitif
    Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memilih calon yang paling layak, kami telah merangka proses penilaian yang komprehensif untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kualiti dan keupayaan unik calon.

    Tujuan penilaian ini adalah untuk mengukur pelbagai aspek sifat personaliti dan kebolehan kognitif calon. Dengan menguji faktor-faktor ini, ianya dapat membantu kami untuk menilai dan mengenalpasti kualiti yang sejajar dengan peranan penerima tajaan pendidikan PETRONAS.

  • Penilaian Potensi Pelajar (Penilaian secara bersemuka)
    Penilaian ini adalah temu duga secara bersemuka di mana calon akan dinilai oleh penilai PETRONAS sendiri. Penilaian ini direka untuk mengukur kualiti kepimpinan dan tingkah laku calon.

 

Terma & Syarat

Penajaan pendidikan ini direka untuk individu yang mempamerkan bakat, dedikasi, dan potensi yang luar biasa.

Jawatankuasa pemilihan kami berkomited untuk mengenal pasti dan memupuk bakat yang paling unggul di kalangan kelompok pemohon. Dalam memilih bakat holistik yang layak, setiap permohonan dikaji dengan teliti, dengan mempertimbangkan aspek pencapaian akademik, karakter peribadi, potensi kepimpinan, dan impak terhadap komuniti.

Oleh kerana ianya sangat kompetitif, kami ingin menekankan bahawa hanya mereka yang memenuhi syarat akan disenarai pendek dan dipilih untuk pemilihan terakhir.

 

Tempoh Permohonan

Permohonan akan dibuka pada hari pertama pengumuman keputusan SPM. Kekal peka dan bersedia!

0Mohon Sekarang

 

 

Penajaan Pendidikan (Pendidikan Pertengahan)

Program penajaan pendidikan bagi pelajar cemerlang yang telah mendapat tawaran bersyarat / tetap bagi melanjutkan program ijazah atau sedang belajar di universiti-universiti di United Kingdom atau Amerika Syarikat yang diluluskan oleh PETRONAS. Program ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menarik / mendapatkan pelajar-pelajar cemerlang.

 

pesp-ic

 

 

Kriteria Kelayakan
 

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang TIDAK melebihi umur 22 tahun
  • Pemohon TIDAK BOLEH mempunyai sebarang bentuk penajaan lain
  • Pemohon TIDAK mempunyai kes disiplin atau disekat semasa pengajian

 

1. Pencapaian Akademik Cemerlang

  • Pelajar Ijazah:
    • Sedang melanjutkan program ijazah di universiti-universiti di United Kingdom atau Amerika Syarikat yang diluluskan oleh PETRONAS
    • Keputusan akademik terkini sekurang-kurangnya sama dengan atau setara dengan CGPA 3.70 / Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
    • Baki tahun akademik mesti sekurang-kurangnya satu tahun penuh akademik

  ATAU

  • Pre-U Students:
    • Mendapat penerimaan bersyarat / tetap untuk program di universiti-universiti di United Kingdom atau Amerika Syarikat yang diluluskan oleh PETRONAS


2. Kekuatan Kepimpinan

Kami mencari calon cemerlang yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga dalam penglibatan mereka dengan aktiviti kokurikulum dan inisiatif komuniti. Penglibatan yang kuat dalam kelab, sukan, pertandingan, perkhidmatan komuniti, peranan kepimpinan, dan aktiviti lain mampu meningkatkan kebolehjayaan permohonan.

3. Penilaian Holistik

  • Penilaian Personaliti & Kognitif (Penilaian dalam talian)
    Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memilih calon yang paling layak, kami telah merangka proses penilaian komprehensif untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kualiti dan kebolehan unik anda.

    Tujuan penilaian ini adalah untuk mengukur pelbagai aspek sifat personaliti dan keupayaan kognitif anda. Dengan menguji faktor-faktor ini, kami bertujuan untuk menilai dan mengenal pasti kualiti yang sejajar dengan peranan penerima tajaan bersama PETRONAS.

  • Temu Duga Pertengahan Penajaan (MSI) (Temu duga dalam talian)
    Penilaian ini diadakan untuk mengukur kebolehan kepimpinan dan tingkah laku calon bagi memastikan pengenalan individu luar biasa yang mempunyai sifat dan bakat yang holistik.

 

Terma & Syarat

Penajaan pendidikan ini direka untuk individu yang mempamerkan bakat, dedikasi dan potensi yang luar biasa.

Jawatankuasa pemilihan kami berdedikasi untuk mengiktiraf dan memupuk individu yang paling berpotensi dari kelompok pemohon. Dalam memilih bakat yang holistik, setiap proses pemilihan telah dikaji dengan teliti dengan mempertimbangkan aspek pencapaian akademik, personaliti, potensi kepimpinan dan impak kepada komuniti.

Penajaan pendidikan ini direka untuk individu yang mempamerkan bakat, dedikasi dan potensi yang luar biasa.

 

Application Period

Permohonan kini dibuka hingga 17 Mei 2024. Jangan lepaskan peluang ini. Sila muat turun garis panduan permohonan di sini untuk maklumat terperinci mengenai program, penilaian dan cara menghantar permohonan anda.

0Mohon Sekarang

 

 

 

Latihan Industri

Sebuah platform dinamik yang direka khusus untuk memberi pelajar ijazah Sarjana Muda peluang pembelajaran berasaskan pengalaman dan pendedahan awal bekerja dalam industri tenaga dan terlibat dalam pelbagai bidang operasi global PETRONAS.

 

Internship

 

 

 

 

Kriteria Kelayakan
 

  1. Permohonan dibuka untuk warganegara Malaysia sahaja.
  2. Ijazah sarjana muda dari institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara di mana latihan industri adalah wajib dalam penyelesaian kursus dalam bidang yang berkaitan dengan PETRONAS.
  3. Diploma dari institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara di mana latihan adalah bahagian wajib dalam penyiapan kursus dalam bidang TEKNIKAL atau KEJURUTERAAN yang berkaitan dengan PETRONAS.
  4. Tempoh minimum untuk latihan industri adalah lapan (8) minggu dan maksimum lapan (8) bulan.
  5. Dokumen berikut WAJIB dihantar melalui portal permohonan (Penyerahan tidak lengkap tidak akan dilayan): 
  • Biodata diri, akademik dan kokurikulum (Curriculum Vitae, CV)
  • Salinan keputusan akademik terkini
  • Salinan Surat Latihan Industri / Praktikal (ditandatangani oleh Universiti)

Terma & Syarat
 

  1. Permohonan dibuka berdasarkan ketersediaan penempatan dan perlu dikemukakan tiga (3) bulan sebelum bermulanya tempoh latihan industri.
  2. Hanya calon yang berjaya akan dihubungi untuk penempatan latihan industri. Jika anda tidak menerima sebarang jawapan daripada kami dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh permohonan anda, permohonan anda dianggap sebagai tidak berjaya.
  3. Penerimaan ATAU penolakan tawaran mesti diberitahu dalam masa lima (5) hari bekerja.
  4. Hanya individu yang paling berkelayakan dan sesuai akan ditawarkan penempatan latihan kerana proses pengambilan latihan industri PETRONAS adalah berdasarkan merit dan akses yang sama untuk semua.  

Tempoh Permohonan

Terokailah peluang yang disenaraikan dan klik "Mohon" untuk memulakan permohonan anda.

 

0Mohon Sekarang

 

 

GEES

PETRONAS menyokong inisiatif PROTEGE-RTW melalui Skim Peningkatan Kebolehpasaran Graduan (GEES). GEES bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan baharu untuk mendapatkan pekerjaan jangka panjang atau menubuhkan perniagaan sendiri.

 

GEES

 

 

 

Kriteria Kelayakan
 

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 26 tahun.
  2. Pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan minimum CGPA 3.0.
  3. Tidak bekerja atau bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan dengan kelayakan akademik.
  4. Belum pernah menghadiri mana-mana program serupa yang ditawarkan oleh GLC / syarikat lain.

 

Terma & Syarat
 

  1. Permohonan dibuka sepanjang tahun. Jika anda tidak menerima sebarang maklum balas daripada kami dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh permohonan anda, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
  2. Penerimaan ATAU penolakan tawaran mesti diberitahu dalam masa tiga (3) hari bekerja.
  3. Hanya permohonan dalam talian yang akan diproses. Permohonan emel/pos/kurier dianggap tidak lengkap dan tidak akan dilayan.

 

Tempoh Permohonan

Terokailah peluang yang disenaraikan dan klik butang di bawah untuk memulakan permohonan anda.

Nota Khas: Dengan mengemukakan permohonan anda, anda bersetuju dengan Penyataan Privasi Data kami. Klik di sini untuk membaca Penyataan Privasi Data bagi program GEES.

 

0Mohon Sekarang

PESP

Lihat pandangan para graduan tentang program kami.

Toh Jian Heng

Tonton sekarang


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots